Kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat di Belanda menyenaraikan kos yang diperlukan untuk bersara di berbilang negara di seluruh dunia, lapor portal berita MailOnline baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Tangkis Stigma 'Anak Derhaka', Pusat Penjagaan Warga Emas T20 Bakal Dibina Dengan Fasiliti Moden!…

Syarikat pengurusan insuran, pencen dan aset, Aegon menganalisis data kos sara hidup daripada laman Numbeo untuk mengira kos persaraan di negara berbeza.

Negara paling mahal untuk bersara ialah Singapura di mana seseorang memerlukan AS$0.9 juta (RM4.19 juta) untuk hidup selesa.

Beberapa negara paling mahal untuk bersara termasuk Switzerland, Amerika Syarikat, Luxembourg, Denmark, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.

Kos bersara di Pakistan pa­ling murah di dunia iaitu sekitar AS$118,953 (RM553,000) manakala India dan Colombia pula masing-masing kurang AS$150,183 (RM699,000).

Sementara itu, kos bersara di Malaysia pula ialah AS$216,439 (RM1 juta). – AGE

PILIHAN PEMBACA: Malaysia Dahului Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia