Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kos Syarikat Tanggung” - Miti Wajibkan Kilang PKPD Selangor Buat Saringan Covid-19 Sebanyak….

Hanafis Haris
09/07/2021 05:50 MYT
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengumumkan prosedur dan SOP bagi sektor perkilangan yang beroperasi di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) Selangor.

Menerusi pengumuman dibuat di Twitter itu, Miti menyatakan ujian harus dilakukan dengan menggunakan alat ujian cepat (RTK) dan hanya pekerja yang diuji negatif akan diizinkan bekerja.

“SOP Sektor Pengilangan & Pembuatan PKPD terkini (7 Jul 2021) mewajibkan ujian ???? ??? ??? ???? ???????? bagi kesemua pekerja.

“Langkah ini selain dapat mengenalpasti kes COVID-19 akan memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan ke tempat kerja,” kata pengendali akaun tersebut.

Tambah Miti, syarikat juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya menanggung kos saringan tersebut.

Malah, syarikat juga mesti melaporkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat jika lebih daripada lima peratus tenaga kerja mereka tidak bekerja kerana demam atau gejala Covid-19 yang lain.

Anda boleh lihat pengumuman berkenaan di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekadar info, kluster tempat kerja merangkumi 16 peratus dari semua kes Covid-19 di Malaysia dari 1 Jun hingga 1 Julai.




#Kilang #PKPP lanjut #Kluster #PKP Sambung
;