Sebuah filem romantik drama berjudul Gracias Barcelona bakal menemui penonton bermula hari ini di pawagam rumah anda, platform Astro First saluran 480.

Filem terbitan Azura Pictures ini mempertaruhkan gandingan Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2015, Fathia Latiff bersama aktor hebat, Kamal Adli.

Sebelum anda melanggan filem ini bermula hari ini, Gempak sediakan lima sebab menarik kepada anda perlu menonton Gracias Barcelona.

1. Sinematografi Barcelona

Keindahan kota Barcelona yang terletak di Sepanyol ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Filem yang menjalani penggambarannya di sekitar kawasan menarik di bandar ini cukup menjadi tarikan mengapa anda perlu menonton filem ini.

Ditambah pula dengan aspek sinematografi yang cukup menawan dan bertepatan, filem ini ibarat membawa anda menyelusuri hiruk-pikuk bandar kedua terbesar di Sepanyol ini.

2. Jalan cerita tak cliche

Berbeza dengan kebiasaan filem romantik, Gracias Barcelona mengetengahkan kisah percintaan yang tragis apabila cinta dan kesetiaan dikhianati.

Malah, ia turut menyelitkan nilai kesetiaan dan cabaran yang dihadapi bagi pasangan baru dalam menempa alam perkahwinan. Penggemar genre romantik akan rugi kalau tak menonton filem ini.

3. Comeback Fathia dan filem pertama Kamal selepas berkahwin

Peminat aktres berbakat besar Fathia Latiff sudah boleh menonton lakonan pelakon kesayangan mereka bermula hari ini. Lama tidak beraksi, filem ini menjadi pengubat rindu bagi Fathia yang sudah lama tidak berlakon.

Lain pula bagi Kamal Adli, 2022 membuka rezeki filem selepas berkahwin dengan aktres Uqasha Senrose pada 5 November tahun lalu. Lakonan Kamal dan Fathia juga cukup mantap!

4. Bell Ngasri jadi pelajar?

Bell Ngasri membawakan watak sebagai kawan baik kepada Kamal sepanjang menuntut di Barcelona. Dia jugalah yang menjadi saksi hubungan percintaan Kamal dan Fathia daripada yang manis sehinggalah menjadi huru-hara.

Siapa sangka pelakon awet muda berusia 41 tahun ini boleh bergelar pelajar? Memang anda kena saksikan!

5. Filem romantik pertama di Astro First

Jika tahun lalu platform Astro First berjaya menampilkan pelbagai genre serta jalan cerita segar buat penonton dan mendapat mendapat sambutan baik, kali ini filem bergenre romantik menjadi pembuka bagi tahun 2022.

Sesuatu yang segar dan di luar jangkaan, pastinya tahun ini menjanjikan hanya filem-filem yang menghiburkan mengisi platform Astro First.


Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.