Jika Malaysia boleh melaksanakan pengangkutan trem seperti bandar-bandar di dunia lain, Kota Kinabalu adalah destinasi terbaik.

Perkara ini dikongsi oleh Ts. Dr. Mohd Fahmy Abdullah, Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menerusi Astro Awani.

Siapa yang pernah sampai Kota Kinabalu pasti tahu bandaraya bertaraf antarabangsa ini yang terletak di persisiran laut, dipenuhi hotel bertaraf lima bintang, restoran dan pusat membeli-belah.



Dengan lokasinya yang strategik, patutlah seramai 3.8 juta orang telah melancong ke Sabah pada tahun 2018 dan daripada jumlah tersebut seramai 1.3 juta merupakan pelancong dari luar negara.

Kawasan stategik inilah yang menjadikan Kota Kinabalu sesuai untuk perlaksanaan Trem pertama di Malaysia.

Menurut beliau lagi, trem dilihat sebagai sebuah model pengangkutan kereta api yang ringan, bersifat santai, kos efisien dan berkait rapat dengan eko-pelancongan.

Trem kebiasaannya beroperasi di kawasan pusat bandar atau kawasan tumpuan pelancongan seperti Hong Kong, Australia, Istanbul dan negara-negara Eropah.



Perancangan untuk membina laluan trem ini juga memerlukan kajian terperinci supaya kelangsungan trem dapat diteruskan pada masa akan datang setelah beroperasi.

Semoga idea pelaksanaan trem ini boleh dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan negeri dan kerajaan pusat, alangkah bangganya rakyat Sabah untuk memiliki sistem trem pertama di Malaysia!


Sumber: Astro Awani