Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kotak TV Haram Mungkin Murah Namun Membahayakan Keluarga

Gempak
09/10/2024 10:00 MYT
Mungkin ramai yang beranggapan mengapa perlu berbelanja lebih untuk menonton sesebuah kandungan sedangkan boleh mendapatkannya dengan harga yang murah.

Jadi ada pihak yang cuba menggunakan kotak TV haram bagi menonton rancangan kegemaran secara percuma tanpa disedari anda telah menjemput bahaya ke rumah.

Bunyinya agak mustahil namun impak yang anda akan dapat mungkin akan memberikan kerugian kepada anda dan keluarga.

Risiko yang tidak disedari


Kotak TV haram boleh menjadi satu pintu masuk kepada penjenayah siber.

Tanpa pematuhan kepada piawaian keselamatan yang ketat, peranti ini berisiko membawa kepada perisian hasad (malware) yang boleh merosakkan rangkaian rumah anda.

Perisian ini mampu untuk mencuri pelbagai maklumat peribadi antaranya butiran bank, kata laluan, dan akses kepada gambar atau emel keluarga.

Impaknya anda mungkin akan kehilangan wang atau identiti anda mungkin akan dicuri penjenayah siber.

Melindungi Keluarga Anda


Pada masa kini, ramai diantara kita menggunakan perkhidmatan penstriman bagi mendapatkan kandungan pembelajaran atau hiburan.

Namun jika anda memilih untuk menggunakan kotak TV haram, anda mungkin mempertaruhkan keselamatan siber anda dan juga keluarga.


Berikut adalah beberapa langkah untuk melindungi keselamatan digital keluarga anda:

1.Gunakan kata laluan yang unik dan aktifkan pengesahan dua faktor.
2.Pastikan semua peranti dikemas kini secara berkala dan gunakan kawalan ibu bapa.
3.Gunakan perkhidmatan penstriman sah yang mengikuti peraturan privasi yang ketat, seperti Astro Go, Sooka, Disney+ Hotstar atau Viu.


Perkhidmatan penstriman sah bukan sahaja menawarkan kandungan berkualiti tetapi juga memastikan keselamatan maklumat peribadi anda.

Dengan perkhidmatan seperti ini, anda boleh menonton dengan tenang tanpa risau tentang serangan siber atau perisian hasad.

Mungkin ada antara kita melihat kotak TV haram ini salah satu cara yang mudah untuk mendapatkan kandungan namun risikonya sangat besar.

Pilihlah platform penstriman sah untuk memastikan keselamatan keluarga anda dan menyokong industri hiburan tempatan.

#Astro #Strim #Go #Android Box #Kotak TV Haram
;