Berpegang pada janjinya, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac hari ini tampil memberi sumbangan golongan karyawan yang memerlukan.

Perkara berkenaan dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya.

Menurut Hans, sumbangan berupa barang keperluan itu disediakan kepada lebih 80 krew dan individu produksi filem yang terkesan daripada pandemik COVID-19.



"Saya dah dengar cerita mereka, memang sekarang masa yang sukar buat mereka.

"Ini masanya untuk kita bersama , we have to take care of each other.

"Saya akan bantu apa yang termampu," katanya.

Difahamkan sehingga hari ini saja sudah 42 individu yang datang mendapatkan bantuan.

Selain barangan keperluan harian, bantuan berupa wang tunai juga turut dberikan.

Hari ini saya dapat berjumpa dengan lebih 80 crew dan individu produksi filem yang terkesan dari situasi covid-19. Saya dah dengar cerita mereka, it’s a tough time right now. Ini masanya untuk kita bersama , we have to take care of each other. Will keep helping the little I can. We all need help at times. Nantikan perkongsian saya dengan ahli industri ini dalam FB Official saya nanti. #kitajagakita #TerusBerjuangUntukIndustri #HansIsaacOfficial

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on


Untuk rekod, Hans sebelum ini nekad untuk mengembalikan kesemua gaji dan elaun diterimanya sepanjang 13 bulan perkhidmatannya.

Jelas Hans, dia tidak mahu mengambil satu sen pun daripada elaun dan gaji berkenaan.

"Saya nak pulangkan duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat COVID-19.

"Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu," katanya.

BACA: "Satu Sen Pun Saya Tak Nak Ambil" - Hans Isaac 'Pulangkan' Duit Gaji & Elaun FINAS Dengan Cara...