Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Kot-Kot Ada Yang Dengki…" - Elfira Loy Jelas Sebab Belum Dedah Wajah Anak

Syafiqah Jalal 14/10/2019 | 08:17 MYT
Pelakon Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan bayi pertamnya pada 1 Oktober lalu membuat keputusan untuk tidak mendedahkan wajah bayinya lagi.
Menurut Elfira, dia hanya mengikut nasihat orang-orang tua supaya mengelak dari puteranya, Muhamad Rayyan Khalaf terkena penyakit hati manusia.
Elfira menjawab persoalan tersebut selepas membuat sesi soal jawab di InstaStory bersama pengikut akaun Instagram anaknya.
“Kenapa jarang post gambar baby? Kalau post pun mesti tak nampak muka baby,” tanya seorang pengikut.
“Sebab orang-orang tua nasihat, jauhkan penyakit Ain, bukan penyakit misteri tapi penyakit hati manusia, kot-kot ada yang dengki. El okay je tapi kita dengar jelah,” jawab Elfira.
Selain itu, dalam sesi soal jawab itu Elfira turut menjawab soalan mengenai maksud nama anaknya dan proses bersalin yang dilalui.
Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu.
#pelakon #Anak #Elfira Loy #Pelakon #Wajah Anak
;