Laman Utama

Kourtney Kardashian, Travis Barker Kahwin

gempak
Maliah Surip
06/04/2022
06:25 MYT
Sponsor Banner
Kourtney Kardashian, Travis Barker Kahwin
Pasangan Kourtney Kardashian dan Travis Barker telah rasmi berkahwin! Begitu laporan yang sedang berlegar dalam kalangan media massa antarabangsa.
Menurut laporan People, Kourtney dan Barker berkahwin pada pukul 1.45 pagi waktu tempatan, hari Isnin di Las Vegas.
Majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup dan berjalan dengan sangat ringkas yang hanya memakan masa sekitar 30 minit. Ia juga diawasi dengan ketat dan tidak ada sesiapa dibenarkan merakamkan video atau foto pada momen perkahwinan mereka.
Vogue melaporkan Kourtney dan Barker berkahwin di One Love Wedding Chapel, Las Vegas, selepas beberapa jam keduanya menghadiri anugerah penghargaan Grammy Awards 2022 pada hujung minggu lalu.
Biarpun sudah kecoh pasangan tersebut sudah rasmi berkahwin, namun portal pertama yang melaporkan berita itu, TMZ, mengatakan sumber terdekat Barker mendakwa mereka belum mendapatkan lesen perkahwinan sekaligus membawa status rasmi berkahwin.
Barker melamar Kourtney dengan romantis di pinggir pantai di Rosewood Miramar Hotel di Montecito, California dan keduanya bertunang enam bulan lalu.
Kourtney sebelum ini berkahwin dengan Scott Disick dan mempunyai tiga anak iaitu Mason, 11, Penelope, 9, dan Reign, 7.
Pemain dram kumpulan Blink 182 itu pula mempunyai dua orang anak dari perkahwinan dengan Shanna Moakler iaitu Landon, 18, dan Alabama, 15.
Foto: Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024