Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kowachee Juara Ceria Megastar 2020

Kamaruddin Razal
18/07/2020 14:38 MYT
Menepati ramalan, Kowachee, 11, telah dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar 2020 yang berlangsung sebentar tadi.

Mempersembahkan tarian lagu Tokyo Drift dan Dhoom dengan penuh bertenaga, Kowachee atau nama sebenarnya, Putri Armani berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 beserta baucer bernilai RM1,000 tajaan Legoland, pingat 'Star of The Week' dan trofi.

Seterusnya, Nana berjaya meraih tempat naib juara dan membawa pulang RM15,000 dan trofi.

Di pusingan akhir, Nana atau nama sebenarnya, Nurul Maimanah, 14, menyampaikan lagu Say Something dan Roar.

Adinda atau nama sebenarnya, Adinda Tasya, 15, dan Ija, atau nama sebenarnya, Fariza Amira, 17, pula masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Adinda yang membawakan lagu Ku Bersuara bersama Rolling in The Deep berjaya membawa pulang RM10,000 dan trofi manakala Ija yang mempersembahkan tarian lagu Work It pulang dengan wang tunai RM5,000 bersama trofi.

Diacarakan oleh Nabil Ahmad, Ceria Megastar 2020 diadili oleh Zizan Razak dan Ernie Zakri selaku juri tetap dan Datuk AC Mizal hadir selaku juri jemputan.

Datuk Syafinaz Selamat, Alam Wakaka dan Chubb-E bertindak selaku penasihat persembahan dan malam finale Ceria Megastar 2020 turut dimeriahkan dengan kehadiran Hael Husaini dan Nabila Razali yang membuat persembahan sebelum keputusan diumumkan.

Ceria Megastar 2020 disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Siaran secara serentak juga dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).




#Ceria Megastar 2020
;