Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Koyak Betul Rupanya…Ustaz Abu Syafiq Tuntut RM1 Juta Kerana Posting Saya, See You In Court! - Amin Idris

Fiza Kamarudin 28/04/2020 | 06:29 MYT
Penceramah bebas Amin Idris menerima surat tuntutan saman daripada pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.
Menerusi surat tersebut Abu Syafiq menuntut Amin Idris meminta maaf tanpa syarat di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh beliau.
Abu Syafiq turut menuntut RM1 Juta daripada Amin Idris sebagai ganti rugi memuat naik posting mengenai dirinya.
“Menurut peguam Abu Syafiq, posting tersebut telah menyebabkan anak guamnya menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat, beratus-ratus kecaman, ugutan dan komen sinis yang tidak benar.
Posting dibuat Amin Idris juga didakwa menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada Abu Syafiq.
Sehubungan itu Amin Idris diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf dan membayar RM1 juta kepada Abu Syafiq.
Bagaimanapun Amin Idris dilihat tidak gentar dengan tuntutan dibuat Abu Syafiq, malah memohon agar saman terhadap dirinya diteruskan.
Terbaru, Amin Idris memuat naik posting di Facebook, menyatakan peguamnya sudah memberikan respons terhadap surat tuntutan saman Abu Syafiq.
“Semalam, saya telah mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat tuntutan dari Abu Syafiq (Rasyiq Alwi).
“Setelah brainstorming bersama peguam, team research, saya nekad untuk TIDAK MEMOHON MAAF & MEMBAYAR GANTI RUGI RM1 JUTA seperti mana dituntut Abu Syafiq.
“Jadi, Ustaz Abu Syafiq... it's official. KITA LAWAN di mahkamah. Mohon rakyat Malaysia doakan saya,” tulisnya.
Terdahulu Amin Idris telah menulis sebuah posting di laman sosial menyebut nama Abu Syafiq sebagai seorang yang suka mengata, memaki hamun dan memfitnah orang lain.
Menerusi posting tersebut Amin Idris turut mendakwa Abu Syafiq menghubunginya menerusi mesej peribadi FB memintanya memohon maaf.
#saman #Abu Syafiq #Amin Idris
;