,
Laman Utama

KPWKM Pandang Serius Peningkatan Alamat IP Kongsi Kandungan Lucah Kanak-Kanak

Awani
04/09/2022
23:00 MYT
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius dapatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima 106,764 alamat protokol Internet (IP) berdaftar di negara ini yang disyaki berkongsi kandungan lucah golongan kanak-kanak di Internet.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata jumlah tersebut direkodkan sejak 2017 hingga Ogos lepas.
"Angka amat membimbangkan dan kempen ini kami jalankan untuk beri kefahaman juga kepada kanak-kanak.
"KPWKM melihat trend ini sebagai perkembangan tidak sihat terutamanya melibatkan golongan vulnerable (terdedah) memandangkan pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada ketagihan seks yang akhirnya boleh membawa kepada perlakuan seksual yang lain," katanya.
Rina berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak pada Ahad.
Bagi mengekang perkara itu, beliau berkata KPWKM melaksanakan kempen itu sebagai satu daripada inisiatif dalam membantu dan membimbing kanak-kanak, ibu bapa serta komuniti untuk berhadapan dengan cabaran jenayah siber pada masa kini.
Katanya lagi, terdapat lima objektif utama pelaksanaan kempen itu antaranya meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap penggunaan media sosial secara bijak dan selamat, memberi pendedahan tentang bahaya media sosial yang tidak dikawal serta memberi kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Berkongsi statistik kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak, Rina berkata sejak Januari hingga Jun lepas, PDRM menerima 47 kes rogol berkumpulan, 95 kes (seks luar tabii), 127 kes (sumbang mahram), 438 kes (cabul) dan 641 kes melibatkan jenayah rogol.
Katanya, KPWKM juga akan menganjurkan Persidangan Kanak-Kanak kali pertama selama dua hari mulai esok, yang akan dihadiri Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) dari seluruh negara bagi mewakil suara kanak-kanak di negara ini.
Sumber - BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Siaran Khas Haji Di Astro Awani Tiga Kali Sehari!

gempak
08/06/2024
16:31 MYT
Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI, kini menyiarkan perkembangan musim haji tahun ini menerusi siaran 30 minit, Berita Terkini Haji: Jejak Al Haramain, sebanyak tiga kali sehari, iaitu pada jam 11 pagi, 5 petang dan 11 malam.
Laman Utama

#GMWA2022: Ini Sebab Kenapa Video Swipe Challenge Meerqeen, Neelofa Tunjuk Bilal Tercalon Kategori Video Trending Tergempak!

gempak
16/01/2023
09:50 MYT
Dah mengundi hari ini?
Laman Utama

Karnival Jiwa SME 2023 Bantu Usahawan & Peniaga Kecil, Nah! Empat Program Menarik Untuk Anda Sabtu & Ahad Ini

gempak
13/01/2023
11:51 MYT
Jangan lupa datang tau guys.
Laman Utama

[VIDEO] Muncul Dalam Live Awani di Istana Negara, Netizen Undi Fikry Ibrahim Jadi PM10 - “Dari Lawak Solo Ke Pelakon Sekarang Bakal…”

gempak
23/11/2022
09:57 MYT
Sempat Fikry masuk live Awani...
Laman Utama

Tahniah! Astro Awani Rangkul Anugerah Antarabangsa, Berjaya Ungguli Empat Kategori DMA 2022

gempak
05/11/2022
03:53 MYT
Tahniah Astro AWANI