Kreatif Betul Waktu PKP Ni... Ada Peminat Lelaki Hantar Resume, Mahu Lamar Muna Shahirah Menerusi E-Mel!

Kamaruddin Razal
Mei 18, 2020 00:52 MYT
Penyanyi Muna Shahirah mendedahkan dia menerima e-mel peminat yang menghantar resume untuk tujuan lamaran.
Jelas penyanyi lagu Teguh Setia itu, lebih lima orang peminat lelaki yang melayangkan e-mel berbentuk resume.
"Saya pernah dapat beberapa resume yang dihantar menerusi e-mel untuk masuk melamar saya. Mereka bagi tahu umur, biodata dan butiran peribadi lain.
"Mereka tidak menggunakan mesej peribadi (DM) tetapi mereka telah menghantarkan resume menerusi alamat e-mel yang saya letakkan di Instagram.
"Saya tidak mengendahkannya kerana saya anggap itu main-main sahaja. Tapi, saya sendiri tak sangka mereka terfikir untuk menghantarkan resume melalui e-mel saya.
"Kreatif betul... Masa PKP semua orang kreatif, hantar lamaran pula," seloroh Muna.
Muna mendedahkan perkara terbabit kepada Gempak dalam sesi #ArtisDudukDiam di Instagram Live, baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi yang kini giat mempromosikan lagu Suratan Luka ini turut berkongsi ciri-ciri lelaki yang disenangi olehnya.
"Saya suka jejaka yang tinggi dari saya. Selain itu, saya suka lelaki pembersih dan wangi. Janganlah sampai tak mandi kan...
"Dari segi personaliti, saya suka lelaki manja... Hahaha. Saya pun tak tahu nak jelaskan bagaimana," gurau Muna sambil ketawa.
Tonton sesi penuh Instagram Live #ArtisDudukDiam bersama Muna menerusi video di bawah:
#Lamaran #Muna Shahirah #PKP