Kreatif! Yuna Ambil Tempahan Buat Anting-Anting

Syafiqah Jalal
Ogos 16, 2018 10:13 MYT
Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna bukan sahaja mempunyai bakat dalam bidang seni nyanyian, malah seorang yang kreatif.
Terbaharu, Yuna atau Yunalis Zarai mengambil tempahan untuk membuat anting-anting buat sesiapa yang berminat untuk membelinya.
Penyanyi itu sangat kreatif kerana anting-anting tersebut dibuatnya sendiri secara DIY dan diberi nama Made by Yuna.
Anting-anting itu kemudian dijualnya secara online menerusi laman web miliknya.
Yuna berkongsi aktivitinya membuat anting-anting tersebut menerusi akaun Insagram (IG) miliknya.
Namun Yuna memberitahu dia hanya mengambil tempahan membuat anting-anting itu dalam waktu yang terhad sahaja iaitu sementara kembali mula untuk melakukan lagu baharunya.
“Saya akan berehat daripada membuat anting-anting selama sebulan.
“Terima kasih kepada yang menyokong, saya cuma suka melakukan benda yang comel untuk orang lain sementara saya menunggu untuk mula buat muzik kembali,” katanya.
Berikut merupakan sebahagian foto anting-anting tersebut:
#Penyanyi #Yuna #Penyanyi #Yunalis Zarai #Anting-Anting