Krill Rashid Ajak Peminat 'Live' Di Facebook

Elrafaei Sapi
Jun 2, 2018 12:53 MYT
Penyampai radio popular, Krill Rashid terus aktif dalam bidang radio apabila muncul dengan program sendiri menerusi media sosial, Facebook yang disiarkan secara langsung untuk peminat.
Bekas penyampai radio Sinar dan ERA ini mula membuat percubaan pertama pada 21 Mei lalu menerusi akaun Facebooknya, Krill Rashid yang ke udara pada jam 10 malam.
Dia yang terlebih dulu bertanyakan pada peminat mengenai hasratnya itu, nyata mendapat respon positif daripada peminat yang memberikan sokongan.
Ujarnya, dia bukan mahu berentap dengan mana-mana stesen radio mahupun penyampai radio sedia ada tetapi lebih kepada menggunakan pengalaman yang ada.
Krill menggunakan platform Facebook, akaunnya @krillrashid20 untuk menyiarkan programnya yang dikenali sebagai K Live disiarkan secara langsung.
Dia yang kini berniaga pakaian kurta jenama sendiri turut bekerjasama dengan hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor untuk program tersebut.
Sebelum ini, dia juga menjemput pelbagai selebriti dan tetamu ke studionya itu antaranya Ustaz Zul Hamat dan Imam Muda Asyraf.
Jam 10 malam ini, Krill mengajak peminat bersamanya menerusi program K Live dengan tetamu jemputan PU Azman.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Krill Rashid - Facebook
#K Live #Krill Rashid