Laman Utama

Krisdayanti Hidup Sendirian Tanpa Suami

gempak
Fiza Kamarudin
04/02/2021
07:55 MYT
Sponsor Banner
Krisdayanti Hidup Sendirian Tanpa Suami
Penghibur popular Indonesia, Kisdayanti mengakui kini terpaksa hidup bersendirian tanpa suaminya, Raul Lemos.
Kirisdayanti meluahkan perasaannya menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG) apabila Raul tidak dapat pulang ke pangkuannya dan anak-anak kerana pandemic Covid-19.
Menurut penyanyi Menghitung Hari itu Raul Lemos terpaksa tinggal lebih lama di Timor Leste kerana peraturan protokol kesihatan yang ketat.
“Berpisah jarak dan waktu, entah berapa lama menunggu sampai pandemik berlalu. Sabar menjadi penawar rindu.
“Semoga lekas bertemu aku dan anak anak menunggu,” tulisnya di ruangan kaspyen foto mesranya bersama suami.
Krisdayanti dan Raul Lemos mula menjalin ‘hubungan jarak jauh’ sejak tahun lalu kerana terpaksa memberi fokus kepada tanggungjawab masing-masing.
Selepas dilantik sebagai anggota DPR RI (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia), Krisdayanti semakin sibuk dan menyebabkan dia harus tinggal di Jakarta bersama anak-anak.
Sementara Raul Lemos pula menguruskan perniagaan di negara asalnya, Timor Leste.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live