Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Krisdayanti, Ifan Seventeen Antara Selebriti Yang Bertanding Di Pemilu Indonesia

Syafiqah Jalal
19/04/2019 02:18 MYT
Krisdayanti dan penyanyi kumpulan Seventeen, Ifan antara 50 artis dan selebriti, termasuk ahli sukan bertanding sebagai calon Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia yang berlangsung 17 April lalu.

Krisdayanti bertanding merebut kerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen untuk daerah Jawa Timur V meliputi Kabupaten Malang, Kota Malang dan Kota Batu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, menjadi wakil rakyat adalah satu usaha yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Bagi vokalis kumpulan Seventeen, Ifan atau Riefian Fajarsyah, dia bertanding mewakili Parti Kebangkitan Bangsa untuk kawasan Parlimen Kalbar I.

Ifan kehilangan isterinya dalam tragedi tsunami di Banten tahun lalu.

Bagi Parti Demokrat pula tidak mahu ketinggalan apabila menamakan legenda badminton Indonesia, Ricky Subagja sebagai calon DPR di daerah Jawa Barat.

Menjelang 6 Mei ini, Komisi Pemilihan Umum akan mengumumkan keputusan rasmi Pemilihan Presiden (Pilpres).

Sementara itu, keputusan Pemilihan Legislatif akan mengambil masa untuk diumumkan iaitu menjelang 22 Mei ini.

#Krisdayanti #Indonesia #Raya #Ifan Seventeen #Pilihan