HIBURAN
Krisdayanti Ubati Rindu Peminat Selepas Lapan Tahun, Konsert ‘Cinta Nostalgia Krisdayanti’ Bukti Terus Disayangi - “Saya Rasa Bertuah”
Penyanyi popular Krisdayanti bakal mengubat rindu peminatnya apabila muncul dengan sebuah konsert khas 'Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti' yang akan berlangsung 22 Jun ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Kali Terakhir Adakan Konsert 2017
Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti yang dibawakan oleh JBProduction itu akan mengubat rindu peminat selepas KD kali terakhir muncul dengan konsertnya di Malaysia pada 2017 menerusi Konsert Romansa Krisdayanti.
Ketua Pegawai Kewangan Jaguh Baru Sdn Bhd, Isa A Rani berkata, konsert berkenaan akan menampilkan pengarah muzik terkenal Indonesia Erwin Gutawa.
"Kami sangat berbangga untuk mempersembahkan Diva dari Indonesia Kris Dayanti yang terus mekar dan menjadi buah hati peminat di negara ini sejak sekian lama.
"Konsert ini juga pasti dinantikan ramai setelah lama Krisdayanti tidak muncul dalam skala persembahan konsert di negara ini.
"Konsert ini juga sebagai kesinambungan dan reportoire yang sangat dekat di hati penonton kedua-dua buah negara ," katanya.
Terus Disayangi & Diterima Baik
Bagi KD, Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti sangat istimewa untuk dirinya terus menjalinkan rasa cinta dan kasih sayang yang berputik sejak sekian lama dengan peminat di Malaysia khasnya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni bintang juara program realiti Asia Bagus 1992 itu.
“Saya akan membawa penonton mendengar dan kembali mengingati lagu-lagu yang penuh nostalgia cinta diiringi pemuzik di bawah pengarah Erwin Gutawa.
"Saya akui bertuah kerana terus disayangi dan diterima baik dan saya berharap terus mendapat sokongan anda semua hadir pada malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti nanti.
"Saya juga berharap bukan saja peminat daripada Malaysia hadir, malah peminat Indonesia yang berada di negara ini turut sama-sama memberi sokongan," katanya.
Mempunyai deretan lagu hits yang sentiasa menjadi siulan peminat, malam Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti bakal menjadi kenangan terindah antara KD dan para peminatnya.
Penampilan KD baru-baru ini di pentas akhir program realiti Gegar Vaganza 11 juga ternyata mencuri perhatian peminat di Malaysia dengan dirinya yang sentiasa anggun meskipun bakal memasuki usia lima siri pada Mac ini.
Butiran tiket dan tempahan boleh dibuat melalui UberTickets. Tiket boleh didapati di UberTickets bermula 23 Februari.
ARTIKEL BERKAITAN: Rapat Seperti Keluarga, Kehilangan Pengurus Beri Kesan Mendalam Buat Krisdayanti - “Kami Boleh Diibaratkan Seperti Siti & Kak Rozi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Meninggal Dunia, Krisdayanti Titip Ucapan Duka - “Terima Kasih Untuk Bersama Sejak 1993”
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Genap 50 Tahun Pada 2025, Ini Kata Krisdayanti: “Menanti Penuh Syukur”
Must-Watch Video