GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Krisya Kongsi Keputusan Berhijab: “Inilah Imej Saya Sekarang”
Penyanyi Krisya yang sudah hampir 20 tahun menjalani kehidupan sederhana dan menguruskan keluarga kini kembali ke persada seni.
BERITA TRENDING: Hampir 20 Tahun Menyepi, Krisya Eksklusif Comeback Nyanyi Live Lagu Keluang Man Di GMWA 2024
BERITA TRENDING: Bakal Nyanyikan OST Keluang Man Di GMWA24, Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok Persembahan Krisya & S.O.G! - “ Comeback Paling Epik!”
Bukan hanya memberi kejutan terhadap comeback yang dibuat menerusi lagu ikoniknya, runut bunyi Keluang Man, penampilan Krisya juga menjadi perhatian.Dia yang suatu ketika dulu tidak bertudung kini tampil dengan imej sesuai wanita muslimah. Krisya kelihatan sangat manis dengan penampilan bertudung.
“Inilah imej saya sekarang,” ujar Krisya spontan secara eksklusif kepada Gempak.
Menurut Krisya, dia mengambil keputusan bertudung sekitar tahun 2018 dan masih memperbaiki penampilannya dari sehari ke sehari.
“Saya mula bertudung sejak tahun 2018, kira-kira tujuh tahun lepas. Memang banyak usaha dilakukan untuk ke arah ini (bertudung) dan menjadi lebih baik. Bukan hanya penampilan tapi pertuturan juga (dijaga). Tapi ini adalah pilihan saya,” katanya lagi.
Krisya kembali ke dunia hiburan selepas dipujuk pihak Astro untuk membawakan semula Keluang Man versi baharu bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) sempena kemunculan filem Keluang Man yang dijadual tayang di pawagam seluruh Malaysia Mei 2025.
Must-Watch Video