Biarpun sudah tersingkir pada konsert keempat Ahad lalu, namun nama bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Datuk Fazley Yaakob masih hangat diperkatakan netizen.

Terbaru, Fazley dikatakan telah dikecam oleh netizen hingga membabitkan ibu mentuanya.

"Siapa yang nombor satu malam ni kita bagi dia menyanyi dua kali minggu depan.

"Yang biasa-biasa tu biarlah dengan seribu satu alasan macam mak mentua dia," tulis netizen berkenaan menerusi satu hantaran di Twitter yang dipercayai ditujukan kepada Fazley.

Susulan itu, ciapan tersebut telah mendapat perhatian Fazley yang terus membalas sindiran individu berkenaan.

"Ada orang hantar ni, wah dia main mak-mak lah, terima kasih," katanya ringkas.

Ekoran daripada respon berkenaan, ramai peminat Fazley menganggap kecaman individu tersebut sebagai satu daripada pembulian siber.

Malah, ada juga yang meminta Fazley melaporkan kejadian tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Jangan suka buka aib orang, nanti binasa diri".

"Boleh report terus ke SKMM".

"Seronok betul netizen tulis gitu, kemain betul," tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Fazley Yaakob menjadi bintang GV8 kedua tersingkir pada konsert keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Bertemakan Berdiri Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu hanya mampu menerima markah 50% berbanding bintang lain.

BACA: Tamat Sudah Perjuangan Fazley, Abang Asmara Tersingkir Minggu Ke-4!