Laman Utama

"Kritikan Pun Publisiti Bagus!" - Aina Abdul

gempak
Amri Hassan
13/11/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
"Kritikan Pun Publisiti Bagus!" - Aina Abdul
Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan busana hitam avant garde yang dipakai pada red carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) merupakan kesinambungan jalan cerita single baharu yang akan dilancarkan kelak.
Jelas Aina, rekaan busana hitam itu merupakan simbolik kepada bentuk bunga mawar untuk single baharunya itu.
"Konsep ini adalah kesinambungan jalan cerita lagu Aina Abdul yang dilancarkan baru-baru ini. Inspirasinya daripada bunga mawar merah.
"Namun, pada malam ini saya ingin tampilkan mawar hitam, simbolik kepada fesyen yang saya mahu ketengahkan," ujarnya.
Mengulas mengenai kritikan netizen terhadap busana hitamnya itu kata Aina, dia memilih untuk mengikut kata hatinya dalam menata gaya fesyennya.
"Saya kurang baca kritikan dan sebab itulah saya bertahan. Kalau saya baca, saya takkan boleh tahan.
"Saya buat apa yang hati saya kata betul dan saya nak setiap penampilan saya ada impak. Tapi kritikan pun adalah publisiti yang bagus," tambahnya.
Aina menyarung busana hitam avant garde rekaan Behati dengan hijab ekstravaganza pada red carpet ABPBH34.
Aina turut memenangi anugerah kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar untuk lagu Nafas Cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live