Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

KRU Animation Studio Berkolaborasi Dengan KidZania, Beri Peluang Kanak-Kanak Beranimasi

Azwa Rahman
14/06/2019 08:03 MYT
Kumpulan trio berjaya, KRU akan berkolaborasi dengan KidZania untuk mempromosikan kandungan kreatif KRU Animation Studio.

Memetik laporan HLive, mereka akan meletakkan simulasi suasana bekerja dengan karekter-karekter tertentu dan memberi kanak-kanak serta remaja dari pelbagai peringkat umur peluang untuk berkarya.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, kanak-kanak sekarang berfikiran 'advance' dan pintar.

Rekaan ini dibuat untuk mereka mengembangkan bakat dalam beranimasi dan membuat cerita.

“Ini antara peluang dan detik permulaan mereka untuk mencintai industri kreatif.

“Harapan kami agar pendedahan ini akan melahirkan minat mereka untuk menjadi tenaga professional pada masa akan datang”, ujar Norman lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

#Animasi #KRU #KidZania
;