gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jojo Ghazli Kurang Senang Dengan Netizen Gemar Kaitkan Rokok Dengan Bersukan - "Orang Selalu Tanya Saya Kalau Hisap..."
HIBURAN
Shuib Bangga Dengan Thalita, Anggap Suara Anak Sama Macam Arwah Siti Sarah - “Kalau Ibu Ada Hari Ini, Dialah Manusia Paling…”
HIBURAN
“Saya Menangis Teruk Selepas…” - Wany Hasrita
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

KRU Ukir Sejarah, Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records

gempak
Asyraf Roslan
11/05/2025
15:25 MYT
Sponsor Banner
KRU Ukir Sejarah, Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Kumpulan KRU melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pencapaian luar biasa dan penuh fenomena di atas penganjuran Konsert GenKRU 2025 selama empat hari yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada trio adik-beradik yang terdiri daripada Datuk Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry menerusi penganugerahan MOST SHOW IN A SINGLE CONCERTS SERIES (Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert).

KRU telah melakukan persembahan konsert selama empat malam iaitu pada tarikh 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025.

“Pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telah menjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asal hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam.

“KRU seharusnya berterima kasih terhadap sokongan tanpa henti selama lebih tiga dekad kami berada dalam industri sehingga lahir penganjuran Konsert GENKru 2025 selama empat malam sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) menerusi penganugerahan MOST SHOW IN A SINGLE CONCERTS SERIES,” ujar Norman mewakili KRU.

Tidak hanya KRU, penganjur Konsert GenKRU 2025, ICON Entertainment (M) Sdn Bhd turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dengan MOST CONCERT TICKETS SOLD OUT IN AN HOUR (Penjualan Tiket Konsert Terpantas Dalam Tempoh 1 JAM).

Pengiktirafan tersebut diberi selepas 8,000 tiket Konsert GENKru terjual dalam tempoh satu jam.

“Terima kasih kepada pihak MBR di atas pengiktirafan MOST CONCERT TICKETS SOLD OUT IN AN HOUR kepada Icon Entertainment.

“Dan kami di Icon Entertainment dengan suka cita berkongsi pengiktirafan ini kepada semua peminat KRU yang telah menjadikan Konsert GenKRU cukup luar biasa bukan hanya kerana pembelian tiket terlaris dalam tempoh satu jam tetapi telah menjadikan konsert ini gemilang dengan empat malam penganjuran!”ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Konsert GENKru yang sudah dihadiri oleh lebih 30,000 peminat turut menyaksikan kemunculan istimewa undangan khas seperti kumpulan Feminin, Elite dan Adam AF.

Topic Berkaitan
#KRU
#Malaysia Book of Records
#GenKRU
Must-Watch Video