Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Ku Ingat Menjaga Bayi Ni Ada Standard Operating Procedure .." - Dr. Say Kongsi Pengalaman Selepas Bergelar Seorang Ayah

Zulaikha Yusof 24/05/2019 | 07:59 MYT
Pengacara My Doctors, Dr. Say akui kehidupannya berubah serta merta selepas kedatangan putera sulung, Aezriel.
Menurut Dr. Say, pada awalnya dia beranggapan menjaga bayi ini mengikut prosedur operasi standard (Standard Operating Procedure).
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
"Topik: Baby Ku Lain Maciammm
"Kini baru ku tahu kenapa semua ibu bapa memsgku mengucapkan "Selamat beroncall" ataupun "Selamat berjaga malam" ataupun "Selamat membela eyebag" sebab kehidupan serius berubah 360 darjah lepas kehadiran Aezriel.
"Ku ingat menjaga bayi ni ada Standard Operating Procedure-nya yakni kalau dia nangis 1st thing to do ialah check pampers-nya & kalau basah/takde yak move on to 2nd thing yakni dia mungkin lapar maka bagi susu, setel.
"Tapi sangkaan ku salah, baby ku makin bijak. Kini lepas step 1 & step 2, babyku mahu step 3 yang sememangnya pelupus segala tidur yakni dia mahu didodoi/dikendong/dibawa berjalan-jalan," tulisnya.
Tambah Dr. Say, dia dan isteri pernah berniat untuk mendapatkan anak kedua secepat mungkin namun hasrat itu tidak diteruskan.
"Cukup ku respect ibu bapa di luar sana kerana sememangnya nak menjaga baby tidak mudah seperti yang disangka.
"Mase biniku sedang mengandung dahulu, daku & bini pernah menyatakan hasrat yang lepas 1st baby ni kami nak dapatkan baby kedua secepat mungkin sebab yelah kami sudah agak lambat untuk memulakan family.
"Tapi kini hasrat tu kami simpan tepi jelah dulu huhu. One thing for sure jika diberi pilihan samaada sanggup saya trade tidur cukup 8 jam dgn this little cheeky cheerful boy, my answer would be, NEVER," tulisnya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan Dr. Say malah tidak lokek berkongsi pengalaman masing-masing.
Pasangan ini selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Mei lalu.

Topik : Baby Ku Lain Maciammm . Kini baru ku tahu kenapa semua ibu bapa memsgku mengucapkan "Selamat beroncall" ataupun "Selamat berjaga malam" ataupun "Selamat membela eyebag" sb kehidupan serius berubah 360darjah lepas kehadiran Aezriel. Ku ingat menjaga baby ni ada Standard Operating Procedure-nya yakni kalau die nangis 1st thing to do ialah check pampers-nya & kalau basah/ xde yak2 move on to 2nd thing yakni die mungkin lapar maka bagi susu, setel. Tp sangkaan ku salah, baby ku makin bijak. Kini lpas step 1 & step 2, babyku mahu step 3 yg sememangnya pelupus segala tidur yakni dia mahu didodoi/ dikendong/ dibawa berjalan2. . Cukup ku respect ibu bapa di luar sana krn sememangnya nak menjaga baby tidak mudah spt yg disangka. Mase biniku sdg mengandung dahulu, daku & bini pernah menyatakan hasrat yg lepas 1st baby ni kami nk dptkan baby kedua scpt mungkin sb yelah kami sudah agak lmbt tuk memulakan family. Tp kini hasrat tu kami simpan tepi jelah dulu huhu. One thing for sure jika diberi pilihan samaada sanggup sy trade tidur cukup 8 jam dgn this little cheeky cheerful boy, my answer would be, NEVER. . P.S : senyum lebar baby gelakkan daddy xdpt tido malam eh?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

#Dr. Say
;