,
Laman Utama

“Ku Menangis.. Membayangkan!” - Ramai Mengeluh Tiket Konsert Rossa Mahal Sangat Sampai RM5,000?

Amri Hassan
04/09/2022
05:25 MYT
“Ku menangis… membayangkan. Tiket RM5,000 tu. Ada sesiapa perlukan pekerja part time?” Demikian antara ciapan pengguna di Twitter mengeluh tentang harga tiket konsert penyanyi diva Indonesia, Datuk Rossa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada November ini.
Ciapan itu disusuli dengan reaksi ramai yang turut kecewa dengan harga tiket sedemikian.
“Beriya beno sampai 5k harga tiket?? Klu kat Indonesia dah bape juta??? Ada ke yang b*ng*ng g beli?? Gila!” Tambah seorang pengguna Twitter lain.
“Is that for real? I guess that's the seats for the datos and datins coz I know Rossa has a lot of fans from that circle,” sahut pengguna lain pula.
Malah, ada yang membandingkan harga tiket konsert Rossa itu dengan beberapa konsert artis antarabangsa lain yang membuat persembahan di Malaysia termasuk Mariah Carey.
“Uish tiket Mariah Carey pun tak sebegini harganya..mungkin boleh jadi bff Rossa terus kot.
“Ada soalan kenapa harga tiket artis western/kpop lagi murah sedangkan mereka lebih terkenal berbanding mereka ini cuman terkenal di nusantara,” ciap beberapa pengguna lain di Twitter.
Namun, ada yang beranggapan harga tiket RM5,000 itu hanya diperuntukkan beberapa kerusi sahaja untuk tujuan kebajikan, sama seperti kebanyakan konsert sebelum ini.
“Konsert dia bukan buat kat Stadium Shah Alam boleh terkinja-kinja. Harga beribu tu mostly corporate yang beli untuk charity. Tiket RM5,00 tu ada je orang beli.
“Dia mcm ni tau. Penganjur pun tengok artis dan tempat untuk buat konsert. Contoh Rossa ni. Standard dia kalau letak kat Planery or Istana Budaya, tiket mahal pun orang akan beli.
“Biasanya best seat with best view memang akan open untuk corporate & charity. Kalau letak nabila razali tiket RM5,000 orang fikir banyak kali nak beli,” ciap seorang pengguna.
Untuk rekod konsert Rossa 25 Shining Years pada 2 November 2022 di Plenary Hall, KLCC dijual mulai harga RM218, RM358, RM488, RM688, RM1,288, RM1,800, RM4,000 dan RM5,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Viral

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

gempak
14/11/2024
15:44 MYT
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.
Hollywood

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

gempak
14/11/2024
13:55 MYT
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.
Hiburan

Geng Challo Run Tayang Badan, Ikmal Amry; "Itu Pencapaian Hebat, Tak Mudah Nak Dapat ..."

gempak
14/11/2024
13:25 MYT
Pelakon Ikmal Amry tidak terkesan dengan kecaman yang diterima daripada netizen susulan tindakan ahli-ahli kelas sukan Challo Run yang disertainya sering tayang badan setiap kali melakukan aktiviti sukan.
Unitar