Konsert kelapan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) diteruskan malam ini dengan membawa tema ‘Ku Petik Bintang Bintang’.

Tema tersebut menyaksikan kesemua bintang perlu membuat persembahan dengan lagu yang diambil daripada filem atau drama baik tempatan atau antarabangsa.

Berikut merupakan senarai lagu bakal dibawa bintang GV8 malam ini!

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Kelentang Kelentong (Hael Husaini)

1. Nikki Palikat - Zheng Fu (Na Ying)

2. Aliff Aziz - Rapuh (Nastia)

3.Suki Low - You Are My Everything (Gummy)

4.Aweera - Dia (Qody Rani)

5. Azan Scan - Right Here Waiting (Richard Marx)

6. Ani Maiyuni - Ngajat Tampi (Noraniza Idris)

7. Adibah Noor - Dhoom Machale (Sunidhi Chauhan)

8. Shidee - Di Ambang Sore (S Effendy)

9. Saiful Apek & Yassin (SA.YA) - Blus Terengganu Kita (Iklim)

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.