Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Ku Rela Buat Apa Saja Untuk Dia” - Hadiah Jambangan RM34,000 Buat Suami Ini Buat Ramai ‘Berbunga’

Hanafis Haris 03/08/2020 | 02:42 MYT

Demi kasih sayang, apa saja sanggup dilakukan untuk menggembirakan pasangan.

Begitulah kisah satu pasangan ini apabila isterinya menghadiahkan satu jambangan bunga bernilai RM34,000 sempena hari jadi suaminya.

Difahamkan jambangan tersebut terdiri daripada wang kertas bernilai RM100 yang disusun sehingga menjadi RM34,000.

Jumlah terbabit dikatakan sama dengan usia suaminya berusia 34 tahun.

Kisah tersebut mula viral di media sosial apabila wanita dikenali sebagai Aida Hassan memuat naik beberapa keping gambar di Facebooknya.

“Selamat hari tua suamiku nyawaku Azmir Ramli. Siapa cakap tak ada surprise?

“Kasih sayang seorang isteri kepada suami bukan terletak dengan nilaian duit tapi untuk melihat suami tersenyum ku rela buat ape sahaja untuk dia dari dulu hingga kini sebab dia lah tulang belakangku.

“Terima kasih susah senang dgn sayang, sayang sentiasa di belakang saat turun naik kita.

“Sayang mungkin bukan seorang isteri solehah tapi dalam masa enam tahun kita hidup berumah tangga sayang cuba dan sentiasa mencuba menjadi isteri yang terbaik.

“Tiada apa yang sayang minta cuma cukup lah ada bersama sayang saat susah senang dan setia pada yang satu,” katanya.

Ucapan ‘sweet’ berserta jambangan bunga mewah tersebut membuatkan rata-rata warga maya ‘berbunga’.

Malah, kebanyakan mereka dilihat mencuba nasib meminta pasangan masing-masing dengan hadiah yang sama.

Anda boleh lihat gelagat lucu mereka di bawah.

Selamat hari tua suamiku nyawaku Azmir Ramli? Sape cakap tkda suprise???? Pokmey kate cari aida lain lahhhh sbb dari...

Posted by Aida Hassan on Saturday, August 1, 2020

Sementara itu Gempak cuba mendapatkan wanita tersebut untuk mendapat kisah lanjut mengenai hadiah berkenaan.

#Viral #Viral #Hassan” #“Aida #“Jambangan #Duit”
;