Hiburan

"Ku Terima Amanah Ini & Akan Menjaganya Sebaik Mungkin" - Umie Aida Ambil Anak Angkat Ketiga

gempak
Asraf Aided
06/07/2019
04:21 MYT
Sponsor Banner
"Ku Terima Amanah Ini & Akan Menjaganya Sebaik Mungkin" - Umie Aida Ambil Anak Angkat Ketiga
Pelakon berbakat, Datin Seri Umie Aida mengambil anak angkat ketiga yang merupakan seorang bayi perempuan.
Perkara itu dikongsi Umie menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Umie, dia bersyukur dengan amanah dan tanggungjawab itu dan akan menjaganya dengan sebaik mungkin.
"Penawar hatiku, anugerah dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
"Alhamdulillah, ku terima amanah ini dan akan menjaganya sebaik mungkin, Insya-Allah," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Umie mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dan mendoakan bayi itu menjadi seorang anak yang solehah.
Namun begitu, teraju utama filem Dukun ini masih belum berkongsi nama bayi perempuan tersebut.
Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live