Malang buat rakyat Malaysia apabila Kuala Lumpur dilabel sebagai antara bandar yang paling ‘overworked’ di dunia.

Laporan itu didedahkan menerusi satu kajian dilakukan syarikat teknologi akses mudah alih, Kisi.

Kajian itu dibuat dengan menilai bandar-bandar di seluruh dunia untuk melihat keseimbangan hidup dalam bekerja.

Antara faktor yang diperhalusi termasuklah skala kerja berlebihan, akses kepada pusat kesihatan dan juga aspek keselamatan.

Berdasarkan laporan, bandar Oslo berada di kedudukan pertama sebagai bandar yang mempunyai keseimbangan hidup dalam bekerja diikuti Bern dan Helsinki.

Pun begitu, untuk kategori ‘overworked’, Dubai berada di kedudukan pertama diikuti Hong Kong dan di tempat ketiga adalah Kuala Lumpur, Malaysia.

Negara Singapura pula berada di kedudukan keempat selepas Malaysia.

Sekadar info, anggaran penduduk Kuala Lumpur pada 2021 mencecah 1.7 juta.

Sumber : Bloomberg