Laman Utama

Kuasa Pecutan Meningkat, Azizulhasni Awang Cukur Semua Bulu Roma Sebelum Berlumba? Ini Sebabnya

gempak
Mya Amri
05/08/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
Kuasa Pecutan Meningkat, Azizulhasni Awang Cukur Semua Bulu Roma Sebelum Berlumba? Ini Sebabnya
Jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang kini berada pada tahap terbaik sepanjang kariernya.
Kondisi terkini hero negara terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu dikongsi oleh wartawan Nadi Arena, Bazli Azmi yang kini berada di Tokyo untuk liputan khas sukan Olimpik 2020.
Menurut Bazli, sebagai persediaan Azizul telah mencukur bulu roma sebelum memulakan perlawanannya.
Bagaimanpun Bazli memaklumkan tindakan itu adalah normal bagi atlet berbasikal kerana mahu mengurangkan rintangan angin ketika berlumba.
“Azizul kini berada pada tahap terbaik sepanjang kariernya, berat badan sudah mencapai 74 kg hampir sama ketika merangkul dua pingat gangsa kejohanan dunia di Berlin, Jerman tahun lalu.
“Ujian yang dilakukan oleh Institut Sukan Negara mendapati kuasa pecutan Azizul sudah pun meningkat menerusi power output yang dilakukan beberapa hari sebelum berangkat ke Tokyo, Jepun.
“Daya pecutan ini bukan sahaja dipacu oleh sut perlumbaan, tetapi Azizul kini sudah pun mencukur kesemua bulu roma yang terdapat di badannya bagi mengurangkan rintangan angin sekaligus meningkatkan kuasa pecutan,” lapornya.
Untuk perkembangan terbaharu, Azizulhasni bakal berdepan wakil Belanda, Jeffrey Hoogland hari ini.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat hero negara, Datuk Azizulhasni Awang.
Kredit foto: Majlis Sukan Negara Malaysia (Kamarul Akhir)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024