Hiburan

Kuasa Viral! Hasrat Gadis Sabah Ini Tercapai Apabila...

gempak
Hanafis Haris
06/07/2020
04:26 MYT
Sponsor Banner
Kuasa Viral! Hasrat Gadis Sabah Ini Tercapai Apabila...
Tidak sampai sebulan kisahnya memanjat pokok untuk mendapatkan internet viral, Veveonah Mosibin akhirnya telah menerima liputan dan rangkaian yang sewajarnya.
Perkara itu diumumkan oleh pihak Telekom Malaysia (TM) menerusi satu posting di Facebook semalam.
Menurut postiNg tersebut, TM telah menaiktaraf kelajuan internet di Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah menggunakan sambungan gentian fiber 300Mbps bagi memenuhi permintaan komuniti di situ dan kawasan sekitarnya.
"Susulan dari lawatan kami ke kampung adik Veveonah Mosibin (Veve) pada 19 Jun yang lalu, kami telah membawa pulang semangat juang dan sikap tidak pernah putus asa yang telah ditunjukkan oleh pelajar tersebut.
"Pusat internet yang dibina ini adalah pusat internet yang terdekat dengan kampung Veve.
"Pusat Internet ini juga merupakan Pusat Internet pertama di Sabah yang dilengkapkan dengan sambungan internet berkelajuan sehingga 300Mbps," kata pengendali akaun tersebut.
Menurut posting itu lagi, pencapaian ini bukan mudah kerana Kampung Pitas terletak kurang 140km dari Kota Kinabalu.
"Kami mangambil masa lebih 3 jam untuk ke sana dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
"Tempatnya terpencil dan ini memberi cabaran bagi kami dari segi penyambungan kabel fiber dan penyelenggaraan.
"Namun penat dan lelah kami terubat kerana Veve dan komuniti boleh mendapat manfaat dari sambungan internet jalur lebar yang kami sediakan," katanya.
Anda boleh lihat posting penuh berkenaan di bawah.
Terdahulu, remaja yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah ini mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube.
Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan Kimia dan Pengajian Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024