Kuasa Viral Radio: Makin Didengar Makin Diingati!
Oktober 21, 2021 02:27 MYT
Sedar atau tidak kuasa yang dimiliki radio mampu memberikan impak positif kepada sesebuah perniagaan?
Ia turut membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terperinci tentang seseuatu produk walau di mana sahaja anda berada tanpa perlu melihat atau menyentuhnya secara langsung dengan menggunakan gaya bahasa santai, mudah difahami dan menarik perhatian.
Dalam pada itu, ia juga merupakan platform terbaik kepada usahawan atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan kesedaran (awareness) produk, di samping meluaskan kuasa pembeli.
Antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan daripada radio adalah melalui jingle, iaitu urutan bunyi pendek yang ‘catchy’ dan senang ‘lekat’ di kepala dan disampaikan dengan bersama-sama melodi serta suara.
Selain itu, radio juga menawarkan kandungan menarik lain seperti program bual bicara, perbincangan podcast atau dalam bentuk lagu.
Contoh yang signifikan dapat dilihat melalui bisikan slogan (trademark) yang digunakan oleh jenama kurma terkenal, Yusuf Taiyoob.
Apabila ia dimainkan di corong-corong radio, pasti ramai sudah mengetahui akan kewujudan kurma tersebut, sekali gus sinonim dengan ketibaan bulan Ramadan.
Gaya bahasa apa yang sesuai digunakan untuk mengiklankan produk? Mampukah ia mencapai audien yang disasarkan?
Apakah pula pilihan ditawarkan kepada usahawan atau PKS yang inginkan pendedahan melalui platform tersebut?
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com