Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Kuatkan Hati, Memang Banyak Cabaran” - Khiriah Doa Orang Nak Berhijrah, Nasihat Harap Istiqomah Tutup Aurat

Mya Amri
19/10/2021 08:40 MYT
Pelakon Noorkhiriah menasihatkan individu yang mahu berhijrah dari segi penampilan imej untuk menutup aurat agar sentiasa memperbetulkan niat.

Menurut Khiriah, perkara paling penting dalam melakukan penghijrahan adalah kekuatan hati dan iman.

“Assalamualaikum untuk ingatan kita bersama… Pada sesiapa yang nak berubah dari kepokan manja gulungan kasih rambut kepada tutupan habis.

“Perkara yang paling kuat adalah hati dan iman (akak pun tak kuat mana) sebab dalam zaman medsos semua cantik belaka ni sangat mencabar.

“Siapa tak nak kongsi cantik dengan semua… Sedangkan sebenarnya menutup aurat pun boleh kelihatan cantik cara kita.

“Tapi kena betulkan niat… Kadang-kadang yang berbungkus memudahkan kita dalam pelbagai hal.

“Rasa dilindungi, kadang-kadang tak ada siapa kisah pun sebab banyak yang tersorok dari pandangan,” tulisnya di akaun Instagram.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)


Dalam hantaran yang sama, Khiriah juga menyatakan fasa pertama sewaktu penghijrahan memang sangat mencabar, bagaimana lama-kelamaan perubahan itu akan menjadi kebiasaan.

Khiriah juga berharap dia sentiasa istiqomah dengan penghijrahannya sebagai pelaku seni.

“Perlahan-lahan... Tapi jangan perlahan sangat takut tak sempat. Kuatkan hati… Perkara yang Allah suka memang banyak cabarannya tapi InshaAllah hujung-hujung indah.

“Sesamalah kita mendoakan siapa sahaja yang nak berubah kerana Allah. Allah sayang kita maka kita kena sayang Allah.

“Mula-mula memang panas, rimas, tak selesa, lama-lama best. Betul... Doakan akak yang kadang-kadang kelaut ni,” tulisnya.



#Hijrah #Noor Khiriah #Hijrah Penampilan #Khiriah
;