Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kuatnya 'Aura' Ernie Zakri, Tiket Konsert Sold Out Dalam Masa 7 Jam

Asyraf Roslan
28/09/2024 04:55 MYT
Meskipun ini adalah konsert sulung buat penyanyi, Ernie Zakri namun sambutan yang diperolehinya sangat memberangsangkan.

Tidak sampai 24 jam penjualan tiket Aura: Ernie Zakri Live in Concert dibuka, ia telah habis terjual dalam tempoh tujuh jam sahaja.

Berita gembira ini telah disahkan oleh Pengarah Urusan SAH Entertaiment, Sufi Rashid menerusi sebuah hantaran di media sosialnya.

Menurut Sufi, dia sangat gembira dengan pencapaian tersebut dan ini merupakan satu permulaan yang baik buat konsert Ernie Zakri.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Bersuara itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah membeli tiket konsertnya itu.

“Subhanallah mashaAllah. Terima kasih semua.

“Jumpa Januari nanti. My SAH geng, let's do this!,” balas Ernie ringkas di ruangan komen.

Ernie juga mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti antaranya Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi ruangan komen itu juga, rata-rata peminat yang gagal mendapatkan tiket meminta agar pihak penganjur mengadakan hari kedua untuk konsert berkenaan.

“lama wehhh aku tunggu konsert Ernie,pastu tiket sold out,”

“Open 2nd day pleaseeeeeeee?,”

“Kak ninie, we need day 2”

“KAMI MAHUKAN HARI KEDUA! ??,” komen netizen yang gagal mendapatkan tiket konsert

Aura: Ernie Zakri Live In Concert merupakan konsert sulung Ernie Zakri dan bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC pada pada 25 Januari 2025.

A post shared by SAH ENTERTAINMENT ?? (@sahentertainment.my)

#Ernie Zakri #Aura #????? ????? ???? ?? ???????
;