Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kucaimars Dapat Idea Lepas Tengok Kawan Menangis

Kamaruddin Razal
08/07/2020 21:01 MYT
Setelah melancarkan single keduanya yang berjudul Khayalan pada Oktober tahun lepas, Kucaimars kini melancarkan single terbarunya yang berjudul Mudah Bagimu.

Kucaimars merupakan penulis lirik bagi single terbarunya ini dengan kerjasama Rudy Nastia dan Leo Azman.

Mudah Bagimu mengisahkan tentang kekasih yang ditinggalkan oleh pasangannya begitu sahaja.

“Saya mula buat single ini pada 2018 yang pada ketika itu saya buat untuk kawan saya yang tengah putus cinta dan menangis depan saya, jadi malam itu juga saya ambil gitar dan terus rangka melodi.

“Saya ada juga beri sedikit sedutan di laman sosial media saya. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan dari peminat dan mereka meminta agar lagu ini siap sepenuhnya serta berada di semua pelantar digital.



“Saya berharap peminat berpuas hati setelah mendengar versi penuh Mudah Bagimu,” kata Kucaimars.

Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri berkata, mereka amat berbangga dengan penglibatan Kucaimars dalam naskhah terbarunya ini.

“Kami berasa gembira dengan pelancaran single terbaru Kucaimars ini kerana dia sendiri terbabit secara langsung dalam penghasilan karyanya.

“Kami harap para peminatnya dapat melihat kesungguhan Kucaimars yang bukan sahaja ingin menyanyi tetapi juga menulis lagunya sendiri," kata Shah.

Mudah Bagimu merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 3 Julai 2020.








#Kucaimars #Kawan Menangis