Pelakon Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucingnya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.

Menerusi satu poster yang dimuat naik di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 30, memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.

“Kepada sesiapa yang mengambil anak saya (kucing), tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong kembalikan Kovu saya.

“Tolong tengok sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi,” katannya.

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)

Difahamkan kucing tersebut merupakan jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue.

Pada poster yang sama, anak kepada penyanyi vateran Rohana Jalil itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya orang awam menjumpai kucingnya.