Adik kepada penyanyi popular Shila Amzah, Syada Amzah akhirnya memutuskan untuk memberikan kucing-kucing peliharaannya untuk tujuan adoption.

Jelas Syada, dia mencari individu yang benar-benar serius dan ikhlas untuk menjaga kesemua haiwan terbabit.

"Siapa mencari kucing untuk diadopsi dan peneman kucing awak, yang tak kisah color dan umur boleh pm kita. Yang serius je tau," ujarnya.

Tambah Syada jika ada yang berminat kucing tersebut boleh mula diberikan sekitar hujung November dan awal Disember akan datang.

Kucing yang akan diberikan Syada kepada yang berminat dipercayai haiwan peliharaan keluarga tersebut yang kini berada di rumah banglo milik Shila di Hulu Langat.

Terdahulu, kucing yang dibela ibunya menjadi bualan di media sosial selepas jumlahnya dikatakan terlalu banyak dan patut dikurangkan kerana masalah kewangan mereka.