Kucing peliharaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meraih perhatian netizen kerana namanya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi akaun Instagram (IG) kucing Syed Saddiq yang dikenali sebagai Yang Berbulu (YB).

“The fact that his cat is also a YB (Yang Berbulu),” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.

Yang Berbulu merupakan kucing betina putih yang sering menghiasi IG Syed Saddiq.

Meninjau laman sosial Twitter, rata-rata wargamaya juga terhibur apabila mengetahui kucingnya juga diberi nama YB.

“Yang Berbulu! Hahahahaha,” usik seorang wargamaya.

“Yes this cat is YB. Yang Berbulu,” komen seorang wargamaya.

“Alaa, dia panggil kucing dia baby girl. Sweetnya!” kata seorang wargamaya

“Saya nak jadi Yang Berbulu tu boleh?” tanya seorang wargamaya lagi.

Yang Berbulu kini sudah mengumpul hampir 10,000 pengikut di IG sejak membuka akaunnya pada bulan Ogos tahun ini.

Kicauan pengguna itu sehingga kini telah mencecah hampir 7,500 ulang kicau dan 9,000 tanda suka daripada wargamaya.