Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi khabar dukanya apabila kucing kesayangan yang diberi nama Toby telah mati pada Selasa.

Menerusi ciapan di Twitter, Syed Saddiq berkongsi curahan rasa sedihnya kehilangan Toby yang telah bersama-samanya sejak beberapa tahun lalu

"Toby, my beloved cat has left us. So sudden. So sad.

"I miss him so much. Thank you for being there for me in the toughest of times.

"May you rest well in “Cat heaven”," coretnya.



Berita sedih itu turut dirasai oleh wargamaya termasuk rakan seangkatan dan selebriti.

"Every cat owner knows how sad it is to lose their cat," tulis Hafiz Hamidun.

"So sorry to hear this. Condolences to you - I know how shattered one feels losing a loved pet," tambah pengasas Mercy Malaysia, Dr Jemilah Mahmood.

"So deeply sorry to hear this. You gave him the best life ever! We cat owners feel your pain. Be well. Toby is fine and happy in cat heaven," tulis wartawan bebas Amy Chew pula.

Kucing-kucing peliharaan Syed Saddiq pernah mencuri perhatian apabila beliau mengumumkan haiwan terbabit antara aset bernilai RM1.9 juta miliknya.

Pada November 2022, beliau pernah menjelaskan betapa pentingnya Toby dan Meow Meow dalam kehidupan beliau.

"Memandangkan kucing-kucing ini merupakan hadiah dari abang dan kawan saya pada 2018 dan 2019, saya mengisytiharkan mereka sebagai aset berharga saya," katanya.