Filem Chomel yang baru saja ditayangkan minggu lalu bukan saja mendapat respon positif daripada penonton, malah turut dipuji pengkritik industri.

Menerusi pemantauan Gempak, rata-rata mereka memuji usaha pengarah mengangkat kucing sebagai penggerak filem tersebut.

Namun, paling banyak diperkatakan adalah bagaimana kucing digelar sebagai Chomel ini menjalankan tugas lakonannya dengan cemerlang.

Kebanyakan mereka tidak menafikan bahawa untuk mendapat ‘shot’ yang baik dan dilakonkan oleh seekor kucing bukan kerja mudah.

Malah, ramai tertanya sama ada kucing tersebut dilatih ataupun tidak.

“Aku kagum dengan kucing dalam filem ni, macam dilatih.”

“Bukan senang nak dapatkan shot baik, apatah lagi jika subjek itu kucing.”

“Last filem haiwan tentang kura-kura itu pun CGI, Chomel adalah yang pertama” kata beberapa pengkritik filem.

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.