Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kudus Suci Wajah Lisa Surihani Tunai Umrah, Netizen; "Masya-Allah Raut Mukanya Bercahaya..."

Shahrin Zulkifle
11/11/2022 04:00 MYT
Umum mengetahui pasangan selebriti Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim ketika ini sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah sejak seminggu lalu.

BACA: [VIDEO] Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim Tunai Umrah, Kini Di Madinah

Dalam pada itu, Lisa turut dilihat sering berkongsi momen sewaktu berada di Mekah menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya.

Perkongsian Lisa turut menerima pelbagai respon positif daripada kalangan pengikutnya di laman sosial berkenaan.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu oleh ibu kepada dua cahaya mata itu, dia dilihat telah memuat naik beberapa keping gambar bersama suami yang sedang mengenakan telekung serba putih.

Penampilannya yang sangat bersederhana tanpa mengenakan sebarang alat solek benar-benar menaikkan seri wajah aktres berusia 36 tahun itu.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani)

Selain dihujani kiriman doa dan ucapan selamat, wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut memuji wajah Lisa yang dikatakan cukup bersih dan berseri.

“Natural beauty, semoga Allah permudahkan urusan Lisa dan Yusry amin,” kata seorang wargamaya

“Masyallah, raut wajah tu bercahaya,” ujar seorang warganet.

“Ya Allah, cantiknya Lisa berseri-seri sangat. Moga dipermudahkan urusan Umrah,” tambah seorang lagi netizen.

“Putih suci berseri wajah Lisa, semoga satu hari saya dapat ke sana juga,” kongsi seorang lagi wargamaya.

Terdahulu, Lisa memaklumkan kepada Gempak bahawa dirinya akui sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.

BACA: “Saya Dah Malas Nak Fikir Fasal Make Up Bila Keluar” – Lisa Surihani

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Lisa Surihani #Umrah #Yusry Abdul Halim