,
Hiburan

Kugiran Masdo Gembira Dengan Penghijrahan Aisyah Aziz - “Dah Boleh Nampak Dia Perlahan-Lahan Berubah”

Mya Amri
07/03/2024
03:55 MYT
Kumpulan Kugiran Masdo melahirkan rasa gembira atas penghijrahan penyanyi, Aisyah Aziz yang kini tampil dengan imej berhijab.
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, perubahan Aisyah yang juga merupakan pasangan duet lagu Pujaanku sememangnya sudah dirasai sejak mereka berkerjasama menerusi lagu tersebut.
“Sebenarnya kita sudah nampak Aisyah mula ke arah penghijrahan diri. Cara dia bercakap pun agak berlainan.
“Semasa kami melakukan sesi rekoding bersama, Aisyah juga ada berkongsi dengan kami tentang penghijrahannya. Kami okay sahaja dan itu adalah perubahan yang bagus untuk dia.
“Adalah sesuatu yang berlaku dalam hidup dia telah menjentik dirinya untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Saya rasa kemuncaknya adalah sebab dia mahu pergi menunaikan umrah. Dari situ Aisyah mula perlahan-lahan berubah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Masdo berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Festival Aku, Muzik & Kamu bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Selasa.
Bagaimanapun tambah gitarisnya iaitu Asmawi, walaupun sedang melalui proses penghijrahan namun Aisyah masih lagi orang yang sama.
“Bila dia sudah berubah dan pulang dari mengerjakan umrah, kami pun ada usik usik dia. Tak sangka sebenarnya kami sudah jadi seperti sahabat pula.
“Kami sempat membuat persembahan bersama Aisyah yang sebelum ini dan juga selepas berhijrah, dia masih lagi masih lagi orang yang sama. Suka bergurau dan ceria,” ujarnya.
Terdahulu, Aisyah memberi gambaran mahu menjalani kehidupan lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT selepas mendapat petunjuk dan kesedaran, awal tahun lalu.
Malah, adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga turut berkongsi hantaran di Instagram Story mengenai situasi yang melanda dirinya, tahun lalu, hingga timbul kesedaran untuk berubah menjadi insan lebih baik.
Dalam perkembangan lain, Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi ini bakal terlibat dengan Festival Aku. Muzik & Kamu di Johor Bahru pada 8 Jun kelak.
Selain Masdo, Festival Aku. Muzik & Kamu yang berlangsung selama 10 jam tanpa henti itu, turut menampilkan persembahan hebat daripada kumpulan Exist, Saixse, IAMNEETA dan ratu rock negara, Ella.
Festival berkonsepkan muzik Nusantara itu juga turut menampilkan persembahan daripada penyanyi terkenal dari Singapura iaitu Imran Ajmain dan Indonesia yang diwakili oleh Afgan dan Feel Koplo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

Hampir 10 Tahun Dalam Industri, Kugiran Masdo Kongsi Cabaran Sepanjang Bergelar Anak Seni - “Kena Tipu...Orang Tak Percaya Karya...”

gempak
28/08/2024
03:55 MYT
Sudah hampir sedekad menempatkan diri dalam industri seni tanah air, Kugiran Masdo mendedahkan perlu melalui pelbagai pasang surut sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Masdo, Gerhana Ska Cinta Ajak 'Berkencan' Malam Minggu Ini Di Panggung Odeon!

gempak
14/08/2024
18:55 MYT
Bermula dengan tarikh 21 September 2024 yang dipilih sebagai permulaan bagi malam-malam minggu yang menarik nanti, Panggung Malam Minggu pertama akan membawakan Gerhana Ska Cinta serta Masdo dengan kemunculan MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

gempak
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.
Hiburan

Pernah Dikritik Penampilan Tak Mandi, Ini Respon Kugiran Masdo - “Kami Tak Simpan Dalam..”

gempak
19/06/2024
08:55 MYT
Pernah menerima komen berbaur kritikan mengenai penampilan mereka yang dikatakan seakan ‘tidak mandi’, kumpulan Kugiran Masdo anggap ia sebagai satu teguran bagi memperbaiki diri.