'Kuih Koci Atas Kepala, Jaket Hindustan 70-an' - Michael Ang Kritik Penampilan Idayu

Amri Hassan
September 25, 2017 08:00 MYT
Pengarah terkenal Michael Ang tampil mengkritik penampilan Idayu pada konsert kedua AF Megastar malam tadi.
Katanya fesyen yang dikenakan Idayu tidak sebagus persembahannya yang berjaya mencuri perhatian dengan lagu Sesal Separuh Nyawa (nyanyian asal Datin Alyah).
"Siapalah letak kuih koci atas kepala Idayu ni?
"Idayu bagus malam ini! Cuma tak boleh terima kuih koci atas kepala dan jaket yang macam dari filem hindustan 70-an," tulis Michael menerusi akaun Twitternya.
Namun, ada segelintir netizen yang melihat kritikan Michael itu sebagai satu jenaka.
"Kuih koci? Saya ingatkan macam sanggup perempuan berpantang," tulis @Syafiee_Ali.
Sempena konsert AF Megastar malam tadi bertemakan rock, Idayu mendahului sembilan peserta lain dengan kutipan markah 62.6 peratus.
Bagaimanapun, Ewal terpaksa akur apabila menjadi bintang ketiga tersingkir malam tadi apabila nyanyian lagu Potret yang digubah dalam versi rock gagal.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @MichaelAng38
#Michael Ang #AF Megastar #Idayu