Hiburan

Kulit Album Siti Ada Maksud Sendiri!

gempak
Amri Hassan
04/07/2020
00:17 MYT
Sponsor Banner
Kulit Album Siti Ada Maksud Sendiri!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan kulit album terbaharunya, ManifestaSITI2020 punyai makna sendiri.
Memilih gambar berbaju berwarna mustard dan berlatar belakangkan bangunan di ibukota melambangkan kebebasan.
"Saya pilih baju berwarna mustard ini supaya nampak lebih ceria, terang dan bersemangat.
"Kali ini saya membuat penggambaran di luar studio kali ini yang berbeza daripada kulit album sebelum-sebelum ini kerana saya mahukan sesuatu yang nampak bebas.
"Memandangkan kita pun sedia maklum akan situasi genting yang kita lalui sebelum ini jadi ini melambangkan satu nafas baru, semangat berbeza dan momentum lebih segar.
"Saya juga percaya semua orang yang bekerja dalam apa juga bidang berada dalam keadaan tertekan jadi semua mahu mulakan kehidupan baru yang lebih segar.
"Kerana itu juga kulit album baru ini juga lebih berkonsepkan gaya hidup," katanya kepada Gempak.
Siti ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya ManifestaSITI2020 di Khan's Restaurant, Bangsar pada Jumaat.
Album itu memuatkan 11 lagu termasuk lima lagu baharu antaranya Kuasa Cintamu, Takhta Dunia, Aku Bidadari Syurgamu, dan Tertulis Nama Kita.
Turut dimuatkan lima lagu yang sudah dilancarkan lebih awal dan sebuah lagu rendiai baharu berjudul Teratai Menjelma nyanyian asal Datuk Sudirman Arshad.
Antara komposer yang terbabit dalam album kali ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Sebanyak 1,500 buah album habis dijual sejak tempahan awal yang dibuka pada 29 Jun lalu dan pihak penerbit iaitu Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd terpaksa menambah stok bagi memenuhi permintaan peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live