Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kulit Berminyak Pun Kena Pakai Pelembab Tau! Ini Sebab-Sebabnya

Izwan Isa
09/04/2024 10:25 MYT
Sejak kebelakangan ini, cuaca yang tidak menentu boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada kulit kita.

Kesan daripada kurang minum air dan cuaca panas, kulit boleh menjadi kering dan seterusnya menyebabkan pelindung semula jadi pada kulit menjadi lemah dan seterusnya menyebabkan kulit menjadi sensitif, kusam, kasar dan munculnya garis-garis halus.

Keadaan cuaca yang luar biasa panas ini juga boleh mengakibatkan mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi untuk mengalami keadaan wajah berkilat, dan menyukarkan rutin bersolek, apatah lagi mengekalkan olesan mekap pada wajah.

Apakah cara yang berkesan untuk mengatasi masalah-masalah di atas? Tentu sekali dengan memberi hidrasi pada wajah menerusi pengguna pelembap!

Ramai dalam kalangan kita berpendapat pelembap wajah hanya untuk mereka yang memiliki kulit kering. Ternyata, pendapat itu tidak benar sama sekali. Wajah berminyak pun perlu menggunakan pelembap bagi mengimbangi pengeluaran minyak dan mengekalkan kesihatan kulit.

Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan pelembap dengan tekstur gel kerana ia boleh diserap dengan mudah dan tidak membebankan kulit anda.

Cara memilih pelembap yang betul:

1. Pilih pelembap berdasarkan jenis kulit. Pilih pelembap dengan tekstur gel bagi kulit berminyak. Sementara itu, bagi individu berkulit kering, pilih pelembap bertekstur krim.

2. Bagi memastikan kulit sentiasa sihat, pilih pelembap yang membantu melembap secara mendalam, menenang dan menguatkan penghadang kulit.

3. Pilih juga pelembap dengan faedah tambahan seperti anti-cahaya biru. Cahaya biru boleh menyebabkan penuaan pra-matang dan sumber utama cahaya biru adalah daripada matahari dan peranti digital.

Hada Labo Hydrating Water Gel

Gunakan Hada Labo Hydrating Water Gel bagi membantu menyelesaikan semua masalah yang dinyatakan di atas.

Ia diperkaya dengan 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide yang mengunci, menambah dan memulihkan kelembapan secara mendalam terhadap bahagian dalam kulit.

Hal ini mampu menjadikan kulit lembap sempurna dan mampu menjadikan anda tampil lebih yakin pada Hari Raya Aidilfitri!

Kelebihan Labo Hydrating Water Gel

Hada Labo Hydrating Water Gel merupakan pelembap dengan tekstur gel ringan, sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Ia tidak melekit dan menyerap serta-merta ke dalam kulit, menjadikan kulit terasa segar dan terhidrat.

Selain itu, Hada Labo Hydrating Water Gel juga mengandungi ekstrak pokok kaktus yang kaya dengan anti-oksida bagi melegakan kerengsaan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Turut mengandungi dua prebiotik untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan membaiki kulit yang rosak untuk kulit yang lebih sihat dan kuat.

Selain itu, Hada Labo Hydrating Water Gel mengandungi carnosine untuk melindungi kulit daripada cahaya biru.

Hada Labo Hydrating Water Gel adalah pelembap terbaik yang juga bebas alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT dan Diglycol.



Dapatkan Hada Labo Hydrating Water Gel sekarang atau layari https://hadalabo.com.my/ atau
https://www.facebook.com/MyHadaLabo untuk lebih informasi.

#hadalabomalaysia #HadaLabo #JapaneseWayOfBeauty #BrightGlowingSkin #HadaLaboRayaGlow #HydratingWaterGel
;