"Kulit Bersih Tanpa Tatu Memudahkan Saya Untuk..." - Keith Foo Perjelas Isu Buang Tatu

Asraf Aided
April 16, 2019 11:23 MYT
Pelakon popular, Keith Foo kini dalam proses untuk menghilangkan semua lukisan tatu yang berada di badannya.
Menurut Keith, dia hanya mahukan kulit tubuh yang bersih tanpa sebarang tatu dan menegaskan bahawa tiada sebab lain dia berbuat demikian.
"Saya masih dalam proses untuk membuang semua tatu di badan saya dan ia memerlukan saya untuk melakukannya secara berperingkat.
"I just want a clean body, memang tiada tujuan lain, saya lakukannya dengan keinginan saya tanpa disuruh sesiapa.
"Selain itu, kulit bersih tanpa tatu juga memudahkan saya untuk melakonkan pelbagai watak di masa akan datang, namun begitu, proses pembuangan tatu saya ini bukanlah disebabkan oleh tawaran berlakon dari mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Gempak.
Keith mula berkongsi mengenai proses pembuangan tatunya itu mulai semalam menerusi ruangan Instagram (IG) Storynya buat tatapan umum.
#Keith Foo