“Kulit Merah-Merah, Gatal Ingatkan Elergi” - Cita Citata Jalani Pembedahan, Disangka Sakit Biasa Rupanya…

Mya Amri
September 2, 2020 13:42 MYT
Penyanyi Indonesia, Cita Citata mendedahkan baru sahaja menjalani pembedahan tonsil.
Cita berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Cita, dia ingin berkongsi pengalamannya sepanjang melawan penyakit Streptococcus tonsillitis, iaitu pembengkakan amandel (tonsil) selama lima tahun.
Jelas Cita, dia todak menyangka gejala yang dianggap alergi biasa pada mulanya itu membawa kepada pembedahan.
“Saya ingin berkongi pengalaman melawan penyakit yang saya hadapi 5 tahun terakhir. Gejala pada mulanya menyerang kulitku, hampir setiap hari selalu merah-merah dan gatalnya bukan main.
“Pokoknya setiap kali terkena benda yang agak sedikit tajam, perubahan cuaca dingin/panas terus merah, kena debu dan juga kotoran pun sama. Memang sangat mengganggu.
“Berbagai cara telah dilakukan bermula dengan memeriksa alergi sehingga mencari doktor dan profesor yang terbaik. Suntik steamcell, minum ubat hingga vitamin. Tetapi semuanya tidak pernah berhasil.
“Menurut beberapa profesor, system imunisasi saya terganggu dan saya selaku fikir diri saya ini baik-baik sahaja… Tak pernah ada sakit, lelah atau cepat penat.
“Tahun demi tahun apabila ada yang bertanya mengenai merah-merah di bahagian badan, sampai satu tahap saya sudah tidak peduli dan hanya menjawab ‘elergi’,” coretnya.
Tambah Cita lagi, perubahan pelik yang berlaku pada dirinya hujung bulan lalu membuatkan dia berasa tidak sedap hati.
“Tepat hujung bulan lalu, badan saya mulai berubah. Panas tidak turun sampai 39 celcius dan panggil doktor datang ke rumah.
“Doktor mengesahkan saya menghidap penyakit Streptococcus tonsillitis, iaitu pembengkakan amandel (tonsil). Doktor menyarakan untuk melakukan pembedahan.
“Pembedahan berjalan dengan lancar dan ternyata tonsilku memang sudah rosak, berlubang dan besar,” tulisnya.
Dalam pada itu Cita juga memberitahu dia kini berada dalam proses pemulihan dan bersyukur kerana dikurnikan kesembuhan.
“Dua hari pertama saya melihat gejala merah-merah itu sudah tidak ada begitu juga dengan gatal-gatal.
“Ternyata tonsil ini berperanan penting untuk sistem kekebalan tubuh tetapi kalau sudah tidak berfungsi akan menjadi penyakit untuk tubuh kita sendiri.
“Sekarang saya masih lagi di fasa penyembuhan selepas pembedahan. Tapi sesungguhnya saya tidak sangka ‘alegi’ itu sudah sembuh.
“Saya harap perkongsian pengalamana ini dapat memberi manfaat untuk kita semua dan semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T.
“Jangan lupa sentiasa bersenam, jaga makan dan pola pemakanan yang betul serta selalu bersyukur,” kongsinya.
Terdahulu, Cita sebelum ini popular menerusi lagu tular Sakitnya Tuh Di Sini.
#Artis Indonesia #Cita Citata