Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kulit Muka Ibu Sendiri Disiat-Siat! Mampu Ke Texas Chainsaw Massacre Puaskan Peminat Filem Gore, Atau Hanya Copy Paste Filem Lama? #PopcornTime

Hanafis Haris
24/02/2022 12:43 MYT

Tanpa sebarang promosi besar-besaran, tiba-tiba francais terbaru filem Texas Chainsaw Massacre ditayangkan di platform Netflix.

Pastinya di saat ramai yang buntu untuk menonton filem terbaru, Texas Chainsaw Massacre bakal menjadi pilihan utama.

Pun begitu, melihat pada genre crime, horror dan thriller, pastinya filem ini bukanlah ‘selera’ kebanyakan penonton.

Gempak sempat menonton filem terbaru ini dan berikut merupakan ulasan Texas Chainsaw Massacre 2022!

Permulaan Plot Yang…Bagus

Filem ini berkisarkan tentang kemunculan ‘Leatherface’ yang dikatakan telah 50 tahun bersembunyi.

Namun, disebabkan satu tragedi, watak ‘Leatherface’ seolah-olah diseru bangkit untuk kembali menyiat usus mangsa!

Sebenarnya sejarah dan kisah ngeri kegilaan ‘Leatherface’ ini telah diperjelaskan pada awal filem. Agak bagus kerana ia memudahkan mereka yang tidak mengikuti segala francais dan sekuel Texas Chainsaw.

Berbalik kepada jalan cerita, plot filem ini sebenarnya hampir sama dengan kebanyakan sekuel sebelum ini.

Sekumpulan individu yang mencetuskan kemarahan ‘Leatherface’ dan kemudiannya menjadi mangsa pembunuhan, satu persatu.

Plot Texas Chainsaw Massacre agak ‘straightforward’, malah ‘pace’ filem ini juga agak laju kerana sekitar 20 minit penonton sudah ‘dijamukan’ dengan pelbagai babak ngeri.

Paling epik, pastinya ketika ‘Leatherface’ menyiat kulit wajah ibunya sendiri. Ngilu!


Mengundang Makian

Kegilaan ‘Leatherface’ kemudian diteruskan dengan pemburuan mangsa yang mencetuskan kemarahannya.

Satu persatu watak dibunuh dengan cara dan kaedah berbeza. Ada yang gore, kejam melampau dan tidak kurang juga yang membuatkan anda ngilu!

Itulah kekuatan utama filem ini iaitu membuatkan ramai kecut perut ditambah pula dengan elemen ‘suspend’.

Selain itu ada juga babak yang menunjukkan tindakan ‘tidak cerdik’ beberapa watak hingga ada kalanya mengundang teriak dan makian.

“Kenapa tak lari, kenapa nak lompat padahal ada tangga, kenapa tak kunci pintu bas” mungkin itu antara cemuhan yang bakal muncul.


Cliche? Copy Paste?

Biarpun filem ini banyak ‘menjamu’ penonton dengan babak dan adegan gore, namun ia dilihat seolah-olah ‘copy paste’ filem terdahulu.

Tiada babak mengagumkan yang bakal membuatkan filem ini diingati.

Paling mengecewakan adalah kemunculan watak asal dalam filem ini. Sayang 1000 kali sayang.

Anda perlu tonton mengapa penulis merasakan watak tersebut agak sia-sia.

Apapun, buat peminat horror yang ‘berselera’ menonton adegan gore, anda boleh menonton filem ini di Netflix.

Rating Gempak : 6/10





#Viral #PopcornTime #TexasChainsaw
;