Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"A'kum, Nak Minta Tolong Boleh Ke?" - Kecoh Zahid Hamidi Minta RM5,000? Namun, Rupanya...

Hanafis Haris 17/02/2022 | 02:05 MYT

Menyamar sebagai VVIP! Itu modus operandi terbaru penjenayah atau scammer untuk mengaut keuntungan 'atas angin'.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ada pihak yang cuba menyamar sebagai dirinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Zahid memuat naik beberapa tangkap layar atau 'screenshoot'.

Pada gambar berkenaan, dapat dilihat penjenayah cuba untuk meminta mangsa memasukkan sejumlah RM5,000.

"A'kum, nak minta tolong boleh ke?

"Boleh tolong transfer duit RM5,000 ya InsyaAllah petang sikit saya transfer balik".

"Boleh trander sekarang ke akaun kawan," tulis penjenayah tersebut.

Jelas Zahid, akaun Telegram dan Whatsapp miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, dia meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengabaikan sekiranya menerima mesej sedemikian.

"Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.

"Saya dalam proses mendapatkan semula akaun," katanya.

Anda boleh lihat perbualan berkenaan di bawah.

#Viral #Scam #Zahid Hamidi
;