Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kumpulan Remaja Tak Tahu Shah Alam Ibu Negeri Selangor, Netizen Cuba Husnuzon - "Rasanya Mereka Sangat Gementar Masa Tu"

Muhammad Firdaus
06/07/2024 16:11 MYT
Baru-baru ini, satu video TikTok tular apabila ia menunjukkan tahap pengetahuan am dalam kalangan remaja di Malaysia.

BERITA TRENDING:Askar Hilang 19 Hari Ditemui Selamat, Lemah Akibat Kelaparan Dan Dehidrasi

Tak Tahu Ibu Negeri Selangor

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pencipta kandungan, Kuan Yee, dirinya mendekati beberapa pengunjung di pusat membeli-belah bertanyakan tentang ibu negeri Selangor.

​BERITA TRENDING:Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

Namun, apa yang memeranjatkan semua individu yang ditemubual berasa keliru dan tidak dapat menjawab soalan dengan tepat.
undefined
Susulan jawapan dan reaksi yang diberikan, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan mengkritik tahap pengetahuan am remaja Malaysia yang disifatkan semakin teruk.

​BERITA TRENDING:Lelaki Warga Asing Diliwat Rakan Gimnasium, Mula-Mula Ajak Borak Kemudian ...

Antara komen yang diterima:

"Apa benda ibu negeri Selangor pun tak tahu,"

"Aduh sakit kepala aku tengok,"

"Ibu negeri Selangor, Shah Alam!"

​BERITA TRENDING:Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

Bagaimanapun, menurut pencipta kandungan berkenaan, perkara itu mungkin terjadi kerana individu yang ditemubual berada dalam keadaan gugup.

"Terima kasih atas semua komen. Saya rasa mereka memang sangat gementar pada masa itu, sebab itulah kadang-kadang mereka tak dapat menjawab dengan segera," tulisnya di ruangan komen.

Sekadar info, ibu negeri Selangor Darul Ehsan merupakan Shah Alam. Shah Alam mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandar raya pada tahun 2000.

Setakat artikel ini ditulis, video itu meraih hampir 50,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan di TikTok.
#Viral #Netizen #Shah Alam #Tular #Selangor #Gen Z