"Kunci Untuk Pengesanan Awal Adalah Kesedaran ..." - Nazir Razak Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit Kanser Prostat
Zulaikha Yusof
02/11/2020 13:46 MYT
02/11/2020 13:46 MYT
Bersempena kempen Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki, pemegang amanah Tabung Amanah Kanser Urologi Universiti Malaya (UM), Dato’ Sri Nazir Razak secara terbuka berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang bekas pesakit kanser.
Menurut Dato’ Sri Nazir yang merupakan bekas pesakit kanser prostat, golongan lelaki ramai yang menderita dengan penyakit kanser dan lama-kelamaan mati akibat tidak mencegah pada peringkat awal.
"Ramai lelaki akan mendapat kanser prostat. Orang malu bercakap mengenainya. Lebih 60% kes kanser prostat yang dikesan lewat iaitu pada peringkat 3 & 4 apabila kanser tersebut telah merebak ke seluruh badan.
"Terdapat juga kekangan budaya, terutama dalam kalangan orang Melayu, untuk bercakap secara terbuka mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan fungsi seksual, malah orang yang mengalami gejala cuba mengelak daripada berjumpa doktor.
"Kunci untuk pengesanan awal adalah kesedaran dan nasihat perubatan yang tepat, jadi itulah keutamaan kempen kami tahun ini," katanya.
Dedahnya lagi, beliau mengetahui tentang kanser prostat selepas melakukan pemeriksaan perubatan ketika ingin membeli produk insurans yang disyorkan pegawai banknya.
"Ujian darah menunjukkan bahawa antigen spesifik prostat saya (PSA) tinggi, jadi doktor curiga dan menghantar saya untuk Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang menunjukkan gambar terdapanya tumor," kata Dato’ Sri Nazir Razak.
Tambah Dato’ Sri Nazir Razak, walaupun dia berasa terkejut dengan perkhabaran berita itu namun dirinya memilih untuk berfikiran secara positif.
"Ia adalah kejutan besar selepas diberitahu mungkin saya menghidap kanser. Padahal ketika itu saya berasa sangat sihat.
"Tetapi saya segera membaca dan mendapati bahawa peluang saya untuk terus hidup tinggi, asalkan tidak terus merebak," katanya lagi.
Perkongsian yang dilakukan Dato’ Sri Nazir Razak ini seiring dengan kempen #onlymencan yang dijalankan di seluruh negara pada setiap November bermula tahun ini sehingga 2024.
Di Malaysia, lebih 60 peratus kes kanser prostat dikesan pada tahap akhir, berbanding sekitar 20 peratus di Amerika Syarikat dan 25 peratus di Singapura.